Kisah asal usul YA'JUJ MA'JUJ Menurut Hadist


Selama hampir 1,400 tahun, umat Islam telah bertanyakan soalan yang salah tentang Yakjuj & Makjuj. Soalan mereka biasanya; "SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj?" Ini soalan yang salah. Sepatutnya mereka bertanya : "APAKAH Yakjuj & Makjuj?"

   Yakjuj & Makjuj bukanlah dua jenis kaum yang melakukan kerosakan. Artikel ini akan menjabar pandangan tradisional para pengkaji yang selama ini mentafsirkan Yakjuj & Makjuj sebagai dua kaum perosak. Di dalam artikel ini juga akan disertakan sekali dengan bukti ayat-ayat Al-Quran dan beberapa fakta lain yang akan membuatkan anda tidak senang duduk selama beberapa hari. Yakjuj & Makjuj jauh lebih menggerunkan daripada apa yang anda pernah bayangkan. Tiada suatu pun kekuatan senjata manusia di atas dunia ini mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj.



Yakjuj & Makjuj mempunyai kekuatan yang sangat besar dan menakutkan. Iskandar Zulkarnain sendiri pun tidak mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj walaupun dia mempunyai sebuah bala tentera yang sangat kuat. Yang mampu dilakukan oleh beliau hanyalah dengan mengurung Yakjuj & Makjuj di sebalik sebuah tembok besi. Ini sahajalah cara paling berkesan untuk menyekat kemaraan Yakjuj & Makjuj. Walaupun telah berjaya mengurung Yakjuj & Makjuj, Iskandar Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang mengurungnya.        Umat Islam di seluruh dunia sedang menunggu peristiwa menakutkan ini. Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj & Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini. Apabila Yakjuj & Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, anda hanya boleh berdoa kepada Allah SWT agar terselamat daripada serangannya. Tahukah anda mengapa Yakjuj & Makjuj tidak boleh ditewaskan dengan kekuatan senjata manusia? Jawapannya bergantung kepada soalan pertama anda sama ada : "SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj?" atau "APAKAH Yakjuj & Makjuj?"

Jika anda bertanya menggunakan soalan pertama, lebih baik anda jangan baca artikel ini kerana pembedahan ini akan membuatkan anda tidak tidur nyenyak selama beberapa malam. Tetapi jika anda berfikiran terbuka untuk bertanya menggunakan soalan kedua, tahniah diucapkan! Anda akan menajdi antara orang yang terawal didedahkan dengan pembongkaran Yakjuj & Makjuj. Yakjuj & Makjuj telah menjadi antara salah satu misteri terbesar dalam sejarah manusia. Sehingga ke hari ini tiada seorang pun pengkaji berjaya membuktikan 'siapakah' Yakjuj & Makjuj?

Kegagalan membongkarkan misteri Yakjuj & Makjuj adalah berpuncak dari kesilapan generasi dahulu yang mencetuskan persoalan SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj? Al-Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak. Jika dibaca dengan teliti, dua perkataan Yakjuj & Makjuj lebih membawa pengertian kepada sejenis bencana yang merosakkan bumi. Anda mahu tahu apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini? Bersedialah untuk mengalami satu perubahan paradigma yang akan mengubah kepercayaan anda buat selama-lamanya.

Penulis akan bongkarkan kepada anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj. Sebelum itu mari kita rujuk beberapa ayat Al-Quran. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj hanya disebut di dalam Al-Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al-Kahfi ayat 94 dan Al-Anbiya' ayat 96.

"Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj itu membuat kerosakkan di atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?" - [18:94]

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21:96]

Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu bahawa Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.

"Berkata: Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka." – [18:95]

Tembok ini dibina oleh Iskandar Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut. Iskandar Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi. Kekuatan besi ini tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa 'mereka' berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu? Jadi, untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada 'SIAPAKAH' kepada 'APAKAH' Yakjuj & Makjuj? Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.


1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.

Yakjuj & Makjuj muncul ketika Iskandar Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung.
"Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung........" - [18:93]

2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.

Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan bumi.
“Mereka berkata, Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj membuat kerosakan di bumi....." - [18:94]

3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.

Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. ".......... aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka." - [18:95]

4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.

perkataan 'Yakjuj' mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'.

5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.

Perkataan 'Makjuj' mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian gelombang.

6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.

Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng-lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang.

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]

7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.
Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah.


"....... tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." - [18:98]

Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :

1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.

2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.

3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.

4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.

5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.

6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.

7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.

Jika anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Yakjuj & Makjuj bukan SIAPAKAH, tetapi APAKAH? Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Iskandar Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut.  Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh para pengkaji dahulu. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj? Anda tidak sabar mahu mengetahuinya? Baiklah, artikel ini akan bongkarkan kepada anda secara ekslusif. Sebelum ini perlu diingat bahawa pendedahan ini akan menggemparkan manusia di seluruh dunia.


Sebenarnya, Yakjuj & Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan bumi. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui oleh Iskandar Zulkarnain. Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Iskandar Zulkarnain.

"Sehingga apabila dia sampau di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan." - [18:93]

Tetapi Iskandar Zulkarnaim masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka. Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan bumi. Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan. Empangan ini mesti dibuat daripada besi dan tembaha kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang menyala dan bergelombang. Hanya besi dan tembaga sahaja mampu menahan aliran Yakjuj & Makjuj daripada memusnahkan permukaan bumi. Tetapi artikel ini masih belum memberitahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.
Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini. Yakjuj; mempunyai sifat menyala. Perkataan Yakjuj mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'. Makjuj; bergerak seperti gelombang. Perkataan Makjuj mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian 'gelombang'. Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu; GELOMBANG YANG MENYALA! Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada 'GELOMBANG YANG MENYALA ke dalam surah Al-Kahfi dan Al-Anbiya'.

"Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami." - [18:94]

"Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]

Anda masih samar-samar apakah entiti yang bernama Yakjuj & Makjuj ini. Cuba anda imbas kembali apa yang difokuskan dalam artikel ini. Persoalan Yakjuj & Makjuj ialah APAKAH, bukannya SIAPAKAH? Yakjuj & Makjuj - seperti yang diterangkan bermaksud "gelombang yang menyala". Apakah bencana alam yang mengeluarkan "gelombang yang menyala' dan memusnahkan permukaan bumi? Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu? Apakah bencana alam yang melibatkan 'gelombang yang menyala'? Sudah pasti anda akan menjawab; "LETUSAN GUNUNG BERAPI".

     Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai 'lava'. Bagaimanakah sifat lava? Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang.

     Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi. Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Iskandar Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem 'Volcano'.

     Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan. Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Iskandar Zulkarnain. Kaum yang ditemui Iskandar Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.

     Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di barat menggelarnya sebagai 'tornado' tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai 'puting beliung'. Dua perkataan ‘puting’ dan ‘beliung’ digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu ‘tornado’. Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan. Begitu juga dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj. Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava. Ketidakfahaman pengkaji terdahulu terhadap pengertian Yakjuj & Makjuj adalah disebabkan kerana mereka tidak mengetahui tentang volcanology – satu bidang kajian khusus mengenai gunung berapi. Mungkin sekarang fikiran anda sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan  kepercayaan anda selama ini. Penulis juga begitu. Penulis percaya Yakjuj & Makjuj adalah dua kaum perosak yang ganas dan gemar melakukan peperangan. Tetapi selepas penulis menonton babak letusan supervolcano di Yellowstone dalam filem 2012, penulis mula membuat kajian apakah sebenarnya Yakjuj & Makjuj seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Letusan gunung berapi raksasa ini mengingatkan penulis pada ayat Al-Quran berikut di mana Iskandar Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang mengurung Yakjuj & Makjuj akan hancur sperti yang dijanjikan Tuhan. Anda fikir ini mengarut?? Biar penulis tunjuk kepada anda sesuatu yang lebih mengejutkan. Iskandar Zulkarnain adalah seorang manusia yang pintar. Tidak kira anda hidup pada zaman bila pun, penyelesaian sesuatu masalah itu masih memerlukan kaedah yang sama. Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara aneh dalam sejarah manusia. Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi.

 Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya untuk menyelamatkan diri. Iskandar Zulkarnain telah menggunakan kaedah yang sama seperti di Jepun dan Indonesia hari ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif.

Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Iskandar Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat. Penempatan Yakjuj & Makjuj ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif.

“Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hamper tidak memahami ucapan.” – [18:93]

Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam di seluruh dunia. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global.

 Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :

“Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih.” – [44:10]

“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kamu angin rebut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?” – [67:17]

“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” – [67:16]

Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan cirri-ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.

 Di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empaya Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab.


Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu-kubu pertahanan dan sebagainya. Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini.

WALLOHUA'LAM BISSHOWAB, Kebenaran Hanya Milik Alloh SWT

1 Komentar untuk "Kisah asal usul YA'JUJ MA'JUJ Menurut Hadist"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel